Pada 15 hingga 17 Januari 2010, Sekolah Izzuddin Shah telah menganjurkan Kem Kecemerlangan khas untuk para pelajar Tingkatan Satu bertempat di Ulu Chepor.
Pada 15 hingga 17 Januari 2010, Sekolah Izzuddin Shah telah menganjurkan Kem Kecemerlangan khas untuk para pelajar Tingkatan Satu bertempat di Ulu Chepor.
Hampir 20 orang guru selaku fasilitator, dibantu oleh beberapa orang Ketua Pelajar terpilih dan 120 orang pelajar Tingkatan Satu telah berkampung di Ulu Chepor untuk menjayakan kem tersebut.
Bertujuan untuk mengenalpasti para pelajar yang bermasalah dan menanamkan perasaan sayang kepada sekolah, kem ini telah diisi dengan pelbagai slot seperti aktiviti riadah, tayangan slaid, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan ceramah oleh jemputan khas.
Kem ini berakhir pada tengahari Ahad dengan Majlis Perasmian Penutup oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Esmone B. Mat Zaini. Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Hayati Bt. Mohd Amin.