Majlis Pelantikan Ketua Umum dan Ketua Pelajar Sesi 2010
Posted by admin on February 01 2010 08:00:00
18 Januari 2010 (Isnin) - Majlis pelantikan Ketua Umum dan Ketua Pelajar bagi tahun 2010 telah berlangsung di...
Extended News

Dewan Tan Sri Ghazali Jawi dan dihadiri oleh seluruh warga sekolah SIS. Pengumuman nama-nama ketua pelajar yang baru telah dibuat oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Tuan Haji Ahmad Faisal B. Yahya.

Ketua Umum            : Muhammad Ismail B. Wan Amil Abas (5PI 3)
Pen. Ketua Umum    : Munir Izzam Ilyas B. Azmi (5PI 1)
Pen. KU Asrama       : Muhammad Wafiuddin B. Rosli (5PI 2)
Pen. KU Kerohanian : Muhammad Akmal B. Ahmad (5PI 2)

Pada majlis itu, Tuan Pengetua, Tuan Haji Esmone B. Mat Zaini telah menyerahkan tali leher kepada semua Ketua Pelajar yang terpilih. Ketua Umum baru juga telah berucap ringkas setelah mengetuai acara lafaz ikrar sebagai ketua pelajar.

Tahniah kepada yang terpilih. Semoga anda menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jaya.